IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas dua hari mengangkat sumpah jawatan bagi penubuhan kerajaan campuran di negeri itu.
Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan memegang portfolio Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.
ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun memegang portfolio, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan sementara ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam.
Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India disandang ADUN Sungkai, A Sivanesan sementara ADUN Jalong, Loh Sze Yee menyandang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor.
ADUN Temengor, Salbiah Mohamed diumumkan sebagai memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan serta ADUN Aulong, Teh Kok Lim bertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.
Ia diikuti ADUN Teja Sandrea Ng Shy Ching yang diumumkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sementaran ADUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan.
Selain itu, ADUN Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO sementara ADUN Pasir Bedamar, Woo Kah Leong bertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina.
Ketika mengumumkan senarai portfolio berkenaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat sini pada Rabu, Saarani berkata barisan Exco yang dilantik adalah gabungan antara pemimpin muda dan yang berpengalaman.
“Senarai yang diumumkan ini membariskan gabungan pemimpin berpengalaman dan pemimpin muda dan pemimpin berpengalaman termasuk mereka yang pernah menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini.
“Kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama bagi membincang dan memutuskan beberapa perkara penting.
“Antaranya, mesyuarat bersetuju supaya Mesyuarat Pertama dan Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Ke-15 Perak Darul Ridzuan akan diadakan pada 19 Disember depan bagi pembentangan Bajet 2023,” katanya lagi.
Pada Selasa, kesemua 10 ADUN yang terdiri daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) itu telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
Amirrul Rabbani
Wed Nov 23 2022
Saarani ketika mengumumkan senarai portfolio berkenaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat sini pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
AWANI Ringkas: Ugut ibu bapa selebriti | Kad Diskaun Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Suspek 'serigala tunggal' | Cuba ceroboh Istana Negara | Tak sabar kembali main bola
- Ancaman JI terkawal, suspek serang balai polis Ulu Tiram bertindak sendiri
- Dua individu cuba ceroboh Istana, polis turut rampas parang
- Penduduk penat 'berperang' dengan ribuan lalat
- Cabaran jemaah haji negara, suhu di Mekah cecah 43 darjah celius
- Dua individu cuba ceroboh Istana, polis turut rampas parang
- Penduduk penat 'berperang' dengan ribuan lalat
- Cabaran jemaah haji negara, suhu di Mekah cecah 43 darjah celius
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 - Dr Dzulkefly
Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran.
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor, selamat dikebumikan pada 6.43 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor.
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat mengumumkan kejayaan penghantaran pertama bantuan ke Semenanjung Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional.
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
Exco Perak sahkan atlet Tingkatan Tiga ditendang, dipijak senior
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Gunung Rapat, dekat sini mengalami kecederaan dipercayai dibuli seorang pelajar lelaki senior tingkatan lima, pada Isnin.
Perak laksana projek rintis Smart Masjid, kawal penggunaan elektrik melalui aplikasi pintar
Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan projek perintis Internet Benda (IoT) yang berupaya merancang dan mengawal pengunaan elektrik di masjid.
Jambatan baharu rentangi Sungai Perak di Kampung Sawa siap
Jambatan baharu yang dibina di Kampung Sawa, dekat sini, selepas jambatan lama dihanyutkan banjir besar pada 2014, siap sepenuhnya.
Perak perhalusi cadangan letak mesin layan diri tuala wanita di sekolah rendah- Exco
Kerajaan negeri Perak akan memperhalusi cadangan untuk meletakkan mesin layan diri tuala wanita di kawasan strategik, khususnya di sekolah rendah.
48 laporan jangkitan saluran pernafasan di Perak
Sebanyak 48 kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di negeri ini setakat Khamis lalu.
Exco Perak disahkan positif COVID-19
Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria disahkan positif COVID-19.
Air Terjun Tanjung Batu, Segari masih terpelihara, yang tular alur air bermusim- Exco Perak
Kawasan terjejas yang tular baru-baru ini adalah alur air bermusim yang hanya muncul apabila hujan terutama ketika hujan lebat.
Penjualan air terawat ke Pulau Pinang masih belum diputuskan - Exco Perak
Isu penjualan air antara Pulau Pinang dan Perak belum dapat diselesaikan kerana Pulau Pinang mahu membeli air mentah manakala kerajaan Perak hanya akan menjual air terawat
34,150 pelajar di Perak mula bersekolah 24 Jun ini
Mereka terdiri daripada 28,813 pelajar tingkatan lima dan 3,847 pelajar tingkatan enam atas di samping 1,034 yang akan menduduki peperiksaan SVM dan 456 STAM.